Jumaat, 31 Julai 2020

Eid adha

Korban

Hidup memerlukan pengorbanan...sejak sebelum dilahirkan ibu bkorban untuk membawa kandungan 9bln..setelah lahir kedua ibu bapa berkorban untuk membesarkan anak2..

Seterusnya bayi membesar  dan menjalani kehidupan yang penuh dengan cabaran hidup y kadang2 memerlukan pelbagai pengorbanan untuk merealisasikan sesuatu sebagai contoh berkorban masa untuk belajar hingga berjaya dlm pelajaran..

Hari Raya korban tahun ini ayah mnyumbang seekor lembu untuk cucu2 anak kepada arwah abg yang sulong..5org adik beradik ditambah 1 bahagian untuk ibu mereka..manakala lg 1 bahagian ayah beri untuk ibu tiri.. alhamdulillah, semuanya da selesai.



Ahad, 26 Julai 2020

Rawatan rambut yang mudah dan senang dilakukan dirumah




Hi semua...

Ira nak share tip penjagaan rambut yang paling mudah untuk di amalkan..

First sekali u all kena kenalpasti jenis kulit kepala dan rambut..

Kulit kepala mungkin berminyak, kelemumur, gatal2, atau sensitive.

Untuk rambut pula, jenis rambut mungkin kering, kasar, bercabang, berbuah (xtahu buah apa) ...then pilih la produk yang khusus untuk jenis masalah rambut masing2

Brand xkesah janji ikut kemampuan u all..bagi penjagaan y paling simple, hanya guna 3jenis produk je

1.shampoo
2.conditioner
3.serum

3jenis produk diatas sudah mencukupi untuk rambut normal yang xada masalah rambut atau kulit kepala

2ndly u all kene faham fungsi asas ketiga2 produk y digunakan tu..knp perlu guna ..apsal xbole guna bodybath je untuk hujung rambut smp hujung kaki😅..kan...mudah cepat dan jimat.. hihihi

Sebenarnya setiap produk tu ada tujuan penggunaanny yg tersendiri.

Shampoo - membersih kulit kepala dan rambut dari kotoran minyak dan habuk

Conditioner - menutup kembali kutikel rambut dan melindungi kelembapan rambut.

Serum - untuk merawat kekeringan rambut

So lengkaplah penjagaan asas rambut normal..

Untuk rambut yang bermasalah maka panjang lg la celoteh ira kt sini..jd tgg next episode ira kongsi kan lg..itupun bergantung kepada kelapangan masa yg ada ☺️..stay follow and connected...😘

Isnin, 20 Julai 2020

Tempat menarik di kedah


 Reflection of paradise

Bertemakan sesuatu yang indah gabungan insur2 haruman bau yang mengasyikkan,alunan music yang menenangkan dan pemandangan cantik sambil dibelai dr hujung rambut hingga hujung kaki.

Situasi yang digambarkan bakal diterjemahkan melalui perkhidmatan kepada pelanggan yang datang untuk mendapatkan rawatan nanti..stay tune
...😉 https://thebesttraditionalmassageinkedah.business.site/

Isnin, 13 Julai 2020

Sayonara


DAY 7

Hari terakhir ,hari penyampaian sijil penyertaan untuk semua peserta soft trade dan hard trade. Lebih kurang pukul 1tghr kami bergerak pulang

Rancangan Perniagaan Spa dan Salon muslimah

DAY 6

Hari seterusnya kami Mula merangka RP iaitu rancangan perniagaan.. sebenarnya sudah beberapa kali mendengar taklimat berkenaan rancangan perniagaan tetapi biasanya mendengar sambil lewa sebab belum betul-betul berniat untuk melibatkan diri secara serius..namun kali ini agak berbeza kerana aku mengambil kedudukan tempat di bahagian paling hadapan. Secara tidak langsung memaksa diri sendiri untuk lebih serius menyiapkan RP tersebut ☺️.

Mungkin disebabkan dah mula nampak sedikit sebanyak proses sebenar dalam merangka RP menjadi kerja-kerja menyiapkan tidak terlalu sukar. Skunk ni sambil menambah cacatan blog di tub mandi, mood untuk touch up lagi cacatan di RP pun datang kg..so aku stop disini dulu untuk sambung RP..📔

Rancangan kewangan perniagaan


DAY 5

Kelas bersama Puan Noraini belajar tentang rekod kewangan dalam perniagaan.. setelah mendengar penerangan berkaitan pengurusan rekod kewangan baru la ada kesedaran betapa pentingnya organize segala expenses Dan rekod jualan.

Semua rekod tersebut sangat penting untuk meyakinkan pembiaya modal perniagaan sama ada untuk mendapatkan geran perniagaan atau pinjaman.

Daripada rekod kewangan juga,Kita dapat meramal target jualan setiap bulan bagi sepanjang tahun yang akan datang. Kita juga dapat menentukan jumlah modal yang diperlukan berdasarkan ramalan target jualan perkhidmatan atau produk..

Sabtu, 11 Julai 2020

BMC (business model canvas) dan V2MOM


DAY 4

Tugasan Hari ke4 merangka strategy pemasaran mewujudkan BMC (bisnes model canvas) iaitu membahagikan canvas perniagaan kepada 9 bahagian penting iaitu ;

1.Custom segments (Segment pelanggan)

Khamis, 9 Julai 2020

Persediaan memulakan perniagaan


DAY 3

Hari jumaat Hari y agak pack sbb class smp ke malam..sebelah pagi belajar berkenaan analysis SWOT iaitu

S - strength
W - weekness
O - Opportunity
T - threat

Mencari kekuatan , kekurangan, peluang dan ancaman  diri dan perniagaan adalah penting sebagai persediaan menghadapi sebarang risiko dlm menjalankan operasi perniagaan.

Sebelah petang Pula, kami diberi tugasan perbentangan berkenaan diri dan perniagaan yang bakal dijalankan..

Pada malam harinya pula akan diadakan perjumpaan dengan pengarah di bahagian keeusahawanan dan sesi bergambar mengikut kumpulan..

Waktu sedang berkongsi di blog Ni aku landing dikatil y empuk sementara mnunggu waktu solat zohor..jd utk tidak melengahkn masa  lg aku tangguhkan sementara waktu sharing disini ☺️😘

#munimuslimahspa
#beautyalorsetar
#salonmuslimahalorsetar

Shopping di gurney plaza


Day 2

Hari ke-2 bermain dengan nombor..membuat pengiraan kunci kira-kira peribadi berkenaan bajet perbelanjaan diri dan harta yang dimiliki.

Setelah tamat kelas sesi petang, kami ke cafe untuk makan malam..selesai dinner kami bkumpul untuk ke gurney plaza mencari inner untuk dipakai dengan t-shirt rintis niaga..

Jam 9malam, kami pulang dan terus tidur kepenatan..😴


#munimuslimahspa
#beautytherapist
#salonalorsetar




Rabu, 8 Julai 2020

Kursus keusahawanan


Perjalanan mencari ilmu


Perjalanan ke pulau pinang

Destinasi kali ini bukan la untuk bercuti tetapi perjalanan musafir mencari ilmu...📔
.kursus selama 1minggu ni diharap dapat memberi sinar baru dalam mengejar impian & cita2..

Diusia yang agak lewat, baru memulakan langkah pertama untuk memasuki bidang perniagaan bukan la sesuatu y membanggakan... namun itu bukan alasan untuk malu bersaing dan melakukannya dengan bersungguh-sungguh..

Inshallah, disini akan dikongsikan ilmu tersebut untuk menjadi inspirasi kepada sesiapa diluar sana yang merasakan diri mereka terlewat memulakan sesuatu..

Sambil melayan mata y mengantok, telinga tetap cuba menangkap input yang disampaikan oleh Irfan khairi dalam seminar webinar nya yang bertajuk bagaimana memulakan perniagaan..dalam byk2 info yang dapat disemat antaranya matlamat memulakan perniagaan iaitu

❤️FREEdom of TIME
❤️FREEdom of FAMILY
❤️FINANCIAL of FREEdom...

#munimuslimahspa
#spa muslimah
#traditionalmassage


Isnin, 6 Julai 2020

Wanita dan kecantikan

Memberi senyuman ikhlas

Terima kasih ❤️ kepada yang sudi meluangkan masa di blog saya. Sebenarnya kecantikan seorang wanita bermula dari dalam dirinya...

Memang xdapat dinafikan kecantikan 🌼luaran juga sama penting namun apa y lebih penting anda rasa bahagia di dalam hati dan yakin diri.

Bagaimana cara untuk rasa bahagia terletak pada diri masing2..Ada y bahagia bila disamping orang yang disayang, Ada y bahagia bila dapat bahagiakan orang lain dan bagi diri saya, Saya akan cuba bahagiakan diri dengan belajar bersyukur dengan apa yang dimiliki Dan redha dengan ketentuan ilahi serta  tawakal sepenuh hati atas setiap apa yang saya hajati..alhamdulillah bahagia itu pasti dimiliki.🙂😍

#munimuslimahspa
#beauty
#salonmuslimah

  Selain daripada aktiviti belajar memasak aku juga ada buat sedikit keja khidmat masyarakat untuk masyarakat setempat dengan menawarkan ser...